Sunday, May 10, 2009

USTAZAH MERAIKAN KAKITANGAN & PENGHUNI PENJARA



PAS Pahang meraikan kakitangan dan penghuni penjara Penur dengan sumbangan kuih raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Iklan




Kehadiran rombongan PAS Pahang yang diketuai Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Abdul Majid Hassan disambut kakitangan penjara dalam satu majlis yang turut dihadiri penghuni penjara.
Difahamkan penghuni penjara tersebut adalah kumpulan banduan pra-bebas yang akan menamatkan tempoh hukuman di situ dalam masa enam bulan lagi.
Kira-kira 150 bungkusan kuih raya diagih-agihkan kepada penghuni serta kakitangan penjara yang disediakan oleh Lajnah Kebajikan PAS negeri.
Penghuni berbaris menerima sendiri sumbangan kueh raya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Syed Mohamad Tuan Lonik Al Idrus manakala Timbalan Pengarah Penjara Penur, Wan Rahman menerima bagi pihak kakitangan penjara.
Hadir sama termasuklah Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Abu Kasim Manaf, Ketua Pemuda, Ustaz Suhaimi Md Saad, Ketua Muslimat, Azizah Khatib Mat, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Negeri, Puan Salmi Mat Noor, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri, Puan Rohani Bakar serta Yang Dipertua PAS Kuantan, Ustaz Rosli Jabar.
Ketua Ulama, Abu Kassim Manaf menyampaikan tazkirah ringkas khusus kepada para penghuni yang bakal menjalani kehidupan biasa setelah dibebaskan daripada penjara itu.
Dalam tazkirahnya Abu Kassim menyebutkan bahawa Islam ini diturun untuk semua dan ia bukanlah ciptaan manusia, Islam, katanya terlepas daripada sebarang kecacatan,ketidaksempurnaan kerana Islam itu daripada Allah SWT untuk seluruh manusia.
"Islam ini sesuai di semua zaman, tempat ketika, jika ada orang berkata Islam tidak sesuai, sebenarnya orang itu telah menuduh Allah jahil sedang Islam sesuai dengan semua zaman.
"Apa yang perlu ialah manusia perlu mensesuaikan diri dengan Islam bukan Islam bukan sebaliknya,"ujar beliau.
Sementara itu di Kuantan, PAS kawasan Kuantan turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, anak yatim serta golongan kurang bernasib baik.
Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Rosli Jabar serta Puan Fuziah Salleh Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat Kuantan dalam satu majlis bersama di Inderapura.
Selain itu, Fuziah turut mengedarkan 'bubur lambuk' percuma di Sungai Isap Damai, bersama Jawatankuasa Rukun Tetangga dikawasan berkenaan.
Ustaz Rosli turut menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal. Anak yatim serta fakir miskin di Pasti Assadah, kampung Razali selepas berbuka puasa.
Di Maran, Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat turut menyampai sumbangan di kampung Gedung , Luit kepada 70 orang ibu tunggal dan anak yatim, serta warga emas dan orang kurang upaya.
Di Lipis, PAS kawasan Lipis menganjurkan program sama manyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta, Ceka dan Padang Tengku.
Difahmkan kira ?kira 200 penerima dikenal pasti dan diberi sumbangan terus dari rumah kerumah oleh jawatankuasa PAS kawasan itu.
"Walaupun nilai sumbangan tidak seberapa tetapi keprihatinan PAS terhadap kesulitan golongan terbabit diambil tanggongjawab oleh PAS sekadar kemampuan yang ada,"kata Roslan Zainal bekas calon PAS Fun Padang Tengku. - mks. _


Basiron Abdul Wahab Mon Sep 22, 08 9:37:09 am MYT KUANTAN, 22 Sept (Hrkh) -

No comments: