Sunday, May 10, 2009

KEPIMPINAN USTAZAH AZIZAH KHATIB MAT

Azizah terima hakikat ditolak perwakilan.
Bekas Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat menerima kenyataan beliau ditolak perwakilan dalam Muktamar Dewan Muslimat DMP PAS Pahang kali ke-23 di Kompleks Imam Syafie, Jerantut kelmarin.
Iklan




Ketika menghubungi Harakahdaily, beliu tidak menafikan agak emosional semasa berucap menggulung perbahasan dalam muktamar itu dan berharap ahli dapat meneliti kembali ucapannya yang dibuat untuk kepentingan parti dan perjuangan.
Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dewan Muslimat yang memberi kepercayaan kepadanya memimpin Dewan Muslimat PAS Pahang selama hampir dua dekad dan membawa Muslimat ke tahap yang ada sekarang.
Menurutnya, beliau tidak bercadang untuk memimpin DMP sampai bila-bila tetapi beliau mempunyai plan peralihan kuasa secara teratur.
Menurutnya, beliau bimbang dengan apa yang sedang berlaku di dalam parti khususnya DMP kerana wujud unsur?unsur negatif yang dibawa pihak tertentu untuk mecorakan kepimpinan PAS.
Katanya, dahulu saf kepimpinan parti boleh melakukan syura bagi menentukan siapa untuk memimpin tanpa wujud lobi-melobi untuk mendapatkan jawatan.
"Kini semuanya mulai berubah dan ia adalah budaya yang diimpot daripada parti lawan yang kita tentang, saya harap kepimpinan baru bertindak segera mencantas unsur tersebut sebelum ia menjadi barah," ujarnya.
Dalam Muktamar Dewan Muslimat 7 April lalu, Salmiyah Mohd Noor 45, dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS negeri yang baru, sementara Ustazah Wan Hamidah Wan Daud, isteri kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan dipilih sebagai Timbalan Ketua Dewan Muslimat dan Ustazah Alayiah Kasdan sebagai Naib Ketua yang baru.
Salmiyah Mohd Nor adalah seorang pendidik lepasan Universiti Malaya, merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat, pada bulan lalu beliau dipilih meneraju DMP Kawasan Temerloh mengetepikan Ustazah Siti Zaleha Sulaiman. - mns_
Basiron Abdul Wahab Fri May 08, 09 3:07:27 pm MYT TEMERLOH 8 Mei (Hrkh) -

No comments: