Wednesday, May 13, 2009

Kegembiraan dengan penerbitan Harakah 2 x seminggu

TEMERLOH 27 Jun - Dewan Muslimat PAS gembira Harakah dibenar terbit dua kali seminggu seperti lapan tahun lalu. Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat berkata, dengan kekerapan penerbit itu membolehkan Harakah berfungsi memberi liputan lebih meluas terhadap kegiatan Muslimat khususnya.
Katanya, muslimat menganjurkan pelbagai kegiatan tetapi kurang mendapat tempat di media dan dengan kekerapan penerbitan Harakah ini diharap semua kegiatan muslimat diberi liputan sewajarnya.
Katanya, sokongan muslimat terhadap parti amat penting dan undi dari mulimat adalah faktor penentu kemenangan dalam pilihan raya sama ada kepada BN mahupun kepada Pakatan Rakyat.

"Muslimat mempunyai kekuatan tersendiri dalam menentukan kemenangan sesebuah parti di dalam pilihan raya," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya dekat sini.
Azizah berharap Harakah terus mengorak langkah ke hadapan dan kerajaan tidak wajar menyekat lagi penerbitannya sebaliknya kerajaan perlu memberikan kebenaran supaya Harakah menjadi ahkbar harian berbahasa Melaysia yang keenam selepas Berita Harian, Sinar Harian, Metro, Kosmo dan Utusan Malaysia.
Kerajaan juga katanya, perlu memberi kekebasan sekatan kepada harakah sama sepeti media lain.
Ini kerana sebelum ini, Harakah dijual secara tertutup kepada ahli sahaja, ia menyukarkan pembeli bukan ahli untuk mendapatkanya di pasaran terbuka.
"Ia akan meningkatkan persaingan sihat di samping menyemarakkan minat pembaca akhbar berbahasa Malaysia," katanya.
Azizah mengingatkan ahli dan penykong parti supaya memberi sokongan kepada Harakah. Ini penting untuk mendapatkan maklumat yang benar dan tepat mengenai Pakatan Rakyat dari sumber parti bagi mengelakkan kekeliruan.
"Ini penting untuk mengelakkan ahli terkeliru akibat memperolehi maklumat dari sumber lawan," ujarnya.
Oleh : Basiron Abdul Wahab Friday, 27 June 2008

No comments: