Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat menyeru semua pihak di dalam parti meningkatkan usaha mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.
Katanya, PAS adalah parti politik dan dakwah yang perlu mendekati setiap individu tanpa mengira status sosial dan agama.
Beliau berkata, semua pihak perlu turun kebawah menjalin hubungan sambil menyelami permasalahan rakyat untuk diperjaungkan.
"Dekatilah semua orang tanpa mengira siapa mereka, bertudung atau tidak bertudungkah mereka, yang penting ialah mendekati mereka dengan ramah," katanya ketika berucap pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pahang kali ke-19, di Darul Amin, Sungai Gau, Ahad lalu.
Menurutnya, sebagai parti politik dan dakwah, PAS terkenal di seluruh negara malah dunia mengenali PAS yang memerintah Kelantan.
"Sebut PAS orang seluruh negara tahu, dunia tahu PAS memerintah sebuah negeri iaitu Kelantan dengan prinsip Islam," ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang berkata, anggota Muslimat PAS mesti memperkukuhkan akhlak dan istiqamah dalam perjuangan kerana ia sangat penting kepada PAS.
"Akhlak adalah cermin keperibadian sebagai sebuah gerakkan Islam ia mesti dipamerkan oleh setiap individu didalam parti begitu juga dengan istiqamah, ia amat penting didalam mempertahankan apa yang diperjuangkan. "Jangan sekali-kali mudah terpengaruh sehingga berubah pendirian," katanya.
Menurutnya, sebagai perwakilan yang mewakili Dewan Muslimat PAS kawasan-kawasan, beliau berharap para perwakilan berpegang teguh kepada apa yang diputuskan di dalam mesyuarat kawasan masing-masing.
Katanya, ika kawasan telah memutuskan calon bagi jawatan-jawatan tertentu dalam parti, perwakilan tidak harus berubah pendirian.
Ustazah Azizah juga mahu pemimpin dan anggota Muslimat PAS menolak budaya lobi-melobi kerana budaya itu adalah budaya Umno.
"Lobi melobi ini sepatutnya tiada di dalam PAS, ia bukan budaya PAS, ia budaya Umno," tegasnya.
Muktamar Dewan Muslimat PAS Pahang kali ke 19 menyaksikan tiada perubahan berlaku dalam barisan pemimpin muslimat dengan Ustazah Azizah Khatib Mat serta Salmi Mohd Noor kekal sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pahang.
Muktamar tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Mohd Ali. - mr
Basiron Abdul Wahab Mon Apr 30, 07 01:01:38 PM TEMERLOH 30 April (Hrkh) -
Wednesday, May 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment