Wednesday, August 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum .Mejelang bulan puasa ini sama-samalah kita bersyukur kepada ALLAH telah memberi kita kesepatan mencari sebanyak mukin bekalan-bekalan kita untuk bertemu dengan ALLAH nanti didalam bulan yang mulia, bulan pengampunan inilah raja segala bulan , marilah kita lakukan ibadat sebanyak mukin yang boleh disianghari dan dimalamhari munajat dengan ALLAH. ALLAH maha penyayang, maha pengasih, maha mendegar rintihan hamba-hambanya,maha pengampun dan . Perbanyakkanlah membaca al-quran ,sentiasa berzikir dan bertasbih dan berselawat kepada nabi kita ,solat-solat sunat hendaklah dilakukan di rumah supaya rumah sentiasa hidup jangan lupa pergi dan ajak keluarga kita kemasjid atau surau sembahayang berjamaah dan sembahayang terawih jangan tinggalkan, tahun depan belum tentu lagi kita bertemu bulan ramaadan

Wednesday, May 13, 2009

USTAZAH MEMBANTU PENDUDUK MARAN

PTD Maran didakwa laksanakan penguatkuasaan berpilih
Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Maran didakwa tidak adil kerana melakukan penguatkuasaan berpilih atas arahan politik pemimpin tertentu. Perkara itu didedahkan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang yang juga bekas calon PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Luit, Ustazah Azizah Khatib Mat.
Menurut Azizah, Pejabat Tanah Maran kononnya amat prihatin terhadap pencerobohan tanah kerajaan di kampung Hulu Luit, ekoran itu pada 13, 14 dan 15 April lalu pejabat itu telah membuat satu operasi memusnahkan tanaman penduduk yang didakwa mengusahakan tanah kerajaan tanpa kebenaran.
Difahamkan dalam operasi selama tiga hari itu, ribuan pokok kelapa sawit dan getah telah dimusnahkan tanpa sebarang provokasi daripada penduduk.
Penduduk akur dengan tindakan tegas kerajaan walaupun mereka telah membuat permohonan dengan membayar sejumlah wang kepada pejabat berkenaan semasa membuat permohonan setahun lalu.
Azizah menyifatkan ketegasan PTD Maran itu adalah luar biasa kerana sebelum ini pihak berkuasa itu agak lembab menjalankan tugas mempertahankan tanah kerajaan daripada dicerobohi.
Katanya, ribuan ekar tanah di kawasan terbabit telah dicerobohi dengan berbagai tanaman termasuk kelapa sawit, getah dan buah-buahan secara besar-besaran oleh pemimpin politik.
Tinjuan Harakah mendapati, jarak dari kampung Swamill Luit ke lokasi (kebun yang dimusnah PTD) kira-kira 14 kilometer, untuk sampai kelokasi tersebut mestilah melalui tanaman kelapa sawit, getah, kebun limau (yang juga diteroka secara haram) lama sebelum penduduk Luit meneroka tanah yang dimusnahkan PTD itu.
Menurut penduduk, ladang haram berkenaan adalah milik pemimpin politik serta sendiket dari luar yang didalangi pihak tertentu, ladang berkenaan sudah pun mengeluarkan hasil.
Justeru penduduk kesal, para pegawai PTD tidak mengusik langsung ladang (haram) tersebut. Secara sinis penduduk menyifatkan pegawai PTD yang melaksana tugas secara berpilih itu 'rabun' kerana hanya nampak kebun milik penduduk kampung Luit yang diteroka secara kecil-kecilan tetapi tidak nampak penerokaan haram milik taukeh besar yang mereka lalui terlebih dahulu.
"PTD sudah buta kerana tidak nampak kawasan yang diteroka secara besar-besaran oleh pemimpin politik yang luasnya berkali ganda itu," ujar mereka.
Penduduk mendakwa mereka meneroka secara haram itu, adalah suatu usaha untuk menyelamatkan tanah kerajaan daripada terus diteroka sendiket terbabit (bukan Melayu).
"Kami menganggap adalah wajib bagi kami mempertahankan tanah air daripada terus diteroka pihak lain, kami sedar di mana kedudukan kami sebagai anak jati Melayu tetapi malangnya kami terpaksa berhadapan dengan kerajaan yang dipimpin parti Melayu, manakala pihak sendiket terus bermaharaja lela," ujar penduduk yang enggan disiarkan namanya.
Tambah beliau, jumlah keluasan kawasan yang diteroka hanya kira-kira 10 peratus berbanding keluasan kawasan yang diteroka oleh sendiket terbabit.
"Tetapi apa boleh buat, PTD nampak kami salah, penceroboh besar yang teroka lebih luas dia orang tidak nampak kesalahanya, mungkin mereka ada apa-apa," ujarnya.
Difahamkan dalam operasi PTD Isnin lalu, tumpuan hanya diberi kepada kebun milik seorang penduduk manakala kebun milik penduduk lain tidak dimusnah 100 peratus, begitu juga kebun milik kaum Cina hanya ditebang pokok di kiri kanan jalan sahaja dan ini menimbulkan persoalan di kalangan penduduk.
"PTD ini serius ke nak tebang atau ada agenda lain," soal mereka.
Sementara itu, Azizah berharap pihak kerajaan negeri khusunya menteri besar turun Pahang melihat pencerobohan tanah kerajaan secara terancang di Luit.
Azizah mendakwa pemimpin politik (Umno) Maran khususnya Ahli Dewan Undangan (Adun) Luit mengetahui pencerobohan itu tetapi dia gagal bertindak kerana sebab-sebab yang dia sendiri ketahui.
"Adun Luit pasti tahu isu pencerobohan secara besar-besaran tanah kerajaan itu tetapi dia mendiamkan diri atas sebab yang dia sendiri tahu, pihak Badan Pencegah Rasuah patut memulakan tugas di Luit, banyak isu yang perlu dibongkar di sebalik pencerobohan tanah kerajaan itu," ujarnya.

Oleh : Basiron Abdul Wahab Saturday, 19 April 2008 MARAN, 18 April (Hrkh)

Lebarkan pengaruh dan sahutlah cabaran


TEMERLOH, 21 Mei - Muslimat PAS disaran menyahut cabaran memperkasa parti dengan melebarkan pengaruh melangkaui batasan kaum dan agama dengan penyediaan aktiviti-aktiviti bersesuaian terutama menghadapi kerancakan kemaraan kaum India dalam perjuangan PAS.
Gesaan itu dibuat Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat hasil pertemuan dengan wanita India dari Kelab Penyokong PAS pada jemputan menghadiri Mesyuarat Agong PAS Kawasan Temerloh, di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Azizah, adalah menjadi cabaran besar muslimat PAS menyahut satu fenomena politik baru dalam kancah perjuangan PAS yang selama ini agak asing dengan penglibatan kaum lain dalam perjuangan khususnya di kalangan wanita India.
"Memang perubahan ini merupakan cabaran bagi muslimat PAS. Kita akan berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan baru dalam perjuangan. Kita amat mengalu-alukan penyertaan wanita India dalam PAS. Saya harap muslimat PAS berjaya menyahut tugasan baru ini," katanya.
Apabila ditanya apakah bentuk program yang bakal diisi muslimat PAS bagi memperkukuhkan hubungan PAS dengan wanita India, Azizah berkata aktiviti kemasyarakatan adalah fokus utamanya.
"Memang kita sedang fikirkan program kemasyarakatan adalah wadah paling sesuai. Tahap yang paling penting pada ketika ini adalah untuk mengukuhkan hubungan. Mungkin kita adakan pendekatan hari terbuka dan hari keluarga dibuat secara bersama. Kita akan usahakan. Saya harap muslimat PAS di kawasan-kawasan terbabit bergerak proaktif," katanya.
Kemaskini terakhir ( Wednesday, 21 May 2008 )

Oleh : Hashim Abdullah Wednesday, 21 May 2008

Kegembiraan dengan penerbitan Harakah 2 x seminggu

TEMERLOH 27 Jun - Dewan Muslimat PAS gembira Harakah dibenar terbit dua kali seminggu seperti lapan tahun lalu. Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat berkata, dengan kekerapan penerbit itu membolehkan Harakah berfungsi memberi liputan lebih meluas terhadap kegiatan Muslimat khususnya.
Katanya, muslimat menganjurkan pelbagai kegiatan tetapi kurang mendapat tempat di media dan dengan kekerapan penerbitan Harakah ini diharap semua kegiatan muslimat diberi liputan sewajarnya.
Katanya, sokongan muslimat terhadap parti amat penting dan undi dari mulimat adalah faktor penentu kemenangan dalam pilihan raya sama ada kepada BN mahupun kepada Pakatan Rakyat.

"Muslimat mempunyai kekuatan tersendiri dalam menentukan kemenangan sesebuah parti di dalam pilihan raya," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya dekat sini.
Azizah berharap Harakah terus mengorak langkah ke hadapan dan kerajaan tidak wajar menyekat lagi penerbitannya sebaliknya kerajaan perlu memberikan kebenaran supaya Harakah menjadi ahkbar harian berbahasa Melaysia yang keenam selepas Berita Harian, Sinar Harian, Metro, Kosmo dan Utusan Malaysia.
Kerajaan juga katanya, perlu memberi kekebasan sekatan kepada harakah sama sepeti media lain.
Ini kerana sebelum ini, Harakah dijual secara tertutup kepada ahli sahaja, ia menyukarkan pembeli bukan ahli untuk mendapatkanya di pasaran terbuka.
"Ia akan meningkatkan persaingan sihat di samping menyemarakkan minat pembaca akhbar berbahasa Malaysia," katanya.
Azizah mengingatkan ahli dan penykong parti supaya memberi sokongan kepada Harakah. Ini penting untuk mendapatkan maklumat yang benar dan tepat mengenai Pakatan Rakyat dari sumber parti bagi mengelakkan kekeliruan.
"Ini penting untuk mengelakkan ahli terkeliru akibat memperolehi maklumat dari sumber lawan," ujarnya.
Oleh : Basiron Abdul Wahab Friday, 27 June 2008

Perbaiki akhlak, kukuhkan istiqamah, dekati masyarakat

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat menyeru semua pihak di dalam parti meningkatkan usaha mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.

Katanya, PAS adalah parti politik dan dakwah yang perlu mendekati setiap individu tanpa mengira status sosial dan agama.
Beliau berkata, semua pihak perlu turun kebawah menjalin hubungan sambil menyelami permasalahan rakyat untuk diperjaungkan.
"Dekatilah semua orang tanpa mengira siapa mereka, bertudung atau tidak bertudungkah mereka, yang penting ialah mendekati mereka dengan ramah," katanya ketika berucap pada Muktamar Dewan Muslimat PAS Pahang kali ke-19, di Darul Amin, Sungai Gau, Ahad lalu.
Menurutnya, sebagai parti politik dan dakwah, PAS terkenal di seluruh negara malah dunia mengenali PAS yang memerintah Kelantan.
"Sebut PAS orang seluruh negara tahu, dunia tahu PAS memerintah sebuah negeri iaitu Kelantan dengan prinsip Islam," ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang berkata, anggota Muslimat PAS mesti memperkukuhkan akhlak dan istiqamah dalam perjuangan kerana ia sangat penting kepada PAS.
"Akhlak adalah cermin keperibadian sebagai sebuah gerakkan Islam ia mesti dipamerkan oleh setiap individu didalam parti begitu juga dengan istiqamah, ia amat penting didalam mempertahankan apa yang diperjuangkan. "Jangan sekali-kali mudah terpengaruh sehingga berubah pendirian," katanya.
Menurutnya, sebagai perwakilan yang mewakili Dewan Muslimat PAS kawasan-kawasan, beliau berharap para perwakilan berpegang teguh kepada apa yang diputuskan di dalam mesyuarat kawasan masing-masing.
Katanya, ika kawasan telah memutuskan calon bagi jawatan-jawatan tertentu dalam parti, perwakilan tidak harus berubah pendirian.
Ustazah Azizah juga mahu pemimpin dan anggota Muslimat PAS menolak budaya lobi-melobi kerana budaya itu adalah budaya Umno.
"Lobi melobi ini sepatutnya tiada di dalam PAS, ia bukan budaya PAS, ia budaya Umno," tegasnya.
Muktamar Dewan Muslimat PAS Pahang kali ke 19 menyaksikan tiada perubahan berlaku dalam barisan pemimpin muslimat dengan Ustazah Azizah Khatib Mat serta Salmi Mohd Noor kekal sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pahang.
Muktamar tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Mohd Ali. - mr
Basiron Abdul Wahab Mon Apr 30, 07 01:01:38 PM TEMERLOH 30 April (Hrkh) -

Sunday, May 10, 2009

USTAZAH MERAIKAN KAKITANGAN & PENGHUNI PENJARA



PAS Pahang meraikan kakitangan dan penghuni penjara Penur dengan sumbangan kuih raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Iklan




Kehadiran rombongan PAS Pahang yang diketuai Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Abdul Majid Hassan disambut kakitangan penjara dalam satu majlis yang turut dihadiri penghuni penjara.
Difahamkan penghuni penjara tersebut adalah kumpulan banduan pra-bebas yang akan menamatkan tempoh hukuman di situ dalam masa enam bulan lagi.
Kira-kira 150 bungkusan kuih raya diagih-agihkan kepada penghuni serta kakitangan penjara yang disediakan oleh Lajnah Kebajikan PAS negeri.
Penghuni berbaris menerima sendiri sumbangan kueh raya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Syed Mohamad Tuan Lonik Al Idrus manakala Timbalan Pengarah Penjara Penur, Wan Rahman menerima bagi pihak kakitangan penjara.
Hadir sama termasuklah Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Abu Kasim Manaf, Ketua Pemuda, Ustaz Suhaimi Md Saad, Ketua Muslimat, Azizah Khatib Mat, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Negeri, Puan Salmi Mat Noor, Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri, Puan Rohani Bakar serta Yang Dipertua PAS Kuantan, Ustaz Rosli Jabar.
Ketua Ulama, Abu Kassim Manaf menyampaikan tazkirah ringkas khusus kepada para penghuni yang bakal menjalani kehidupan biasa setelah dibebaskan daripada penjara itu.
Dalam tazkirahnya Abu Kassim menyebutkan bahawa Islam ini diturun untuk semua dan ia bukanlah ciptaan manusia, Islam, katanya terlepas daripada sebarang kecacatan,ketidaksempurnaan kerana Islam itu daripada Allah SWT untuk seluruh manusia.
"Islam ini sesuai di semua zaman, tempat ketika, jika ada orang berkata Islam tidak sesuai, sebenarnya orang itu telah menuduh Allah jahil sedang Islam sesuai dengan semua zaman.
"Apa yang perlu ialah manusia perlu mensesuaikan diri dengan Islam bukan Islam bukan sebaliknya,"ujar beliau.
Sementara itu di Kuantan, PAS kawasan Kuantan turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal, anak yatim serta golongan kurang bernasib baik.
Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Rosli Jabar serta Puan Fuziah Salleh Ketua Bahagian Parti KeADILan Rakyat Kuantan dalam satu majlis bersama di Inderapura.
Selain itu, Fuziah turut mengedarkan 'bubur lambuk' percuma di Sungai Isap Damai, bersama Jawatankuasa Rukun Tetangga dikawasan berkenaan.
Ustaz Rosli turut menyampaikan sumbangan kepada 200 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal. Anak yatim serta fakir miskin di Pasti Assadah, kampung Razali selepas berbuka puasa.
Di Maran, Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Azizah Khatib Mat turut menyampai sumbangan di kampung Gedung , Luit kepada 70 orang ibu tunggal dan anak yatim, serta warga emas dan orang kurang upaya.
Di Lipis, PAS kawasan Lipis menganjurkan program sama manyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta, Ceka dan Padang Tengku.
Difahmkan kira ?kira 200 penerima dikenal pasti dan diberi sumbangan terus dari rumah kerumah oleh jawatankuasa PAS kawasan itu.
"Walaupun nilai sumbangan tidak seberapa tetapi keprihatinan PAS terhadap kesulitan golongan terbabit diambil tanggongjawab oleh PAS sekadar kemampuan yang ada,"kata Roslan Zainal bekas calon PAS Fun Padang Tengku. - mks. _


Basiron Abdul Wahab Mon Sep 22, 08 9:37:09 am MYT KUANTAN, 22 Sept (Hrkh) -

PM lebih cakap daripada bikin, dakwa Ketua Muslimat PAS

Pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri sepanjang dua tahun 'hanya lebihkan cakap daripada bikin', dakwa Ketua Muslimat PAS, Ustazah Azizah Khatib Mat.
Iklan




Misalnya, kenyataan Abdullah hari ini yang menggesa semua jabatan dalam sektor awam tidak mengambil mudah sebarang kritikan yang disuarakan pelbagai pihak termasuk media hanya mengaburi mata rakyat, katanya.
"Kita kritik pemerintahan Perdana Menteri melalui demonstrasi mengenai kenaikan tarif elektrik di KLCC baru-baru, tetapi polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyerang rakyat yang mengkritik pemerintahannya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Ustazah Azizah berkata berikutan tindakan keterlaluan polis itu bermakna rasa hati dan aduan rakyat mengenai kesusahan hidup mereka tidak dapat disampaikan kepada pihak atasan,.
Dalam demonstrasi aman Ahad lalu, berpuluh-puluh orang ditangkap manakala sejumlah lagi cedera dibelasah anggota polis. Ada yang berlumuran darah tetapi anehnya kejadian itu tidak dilaporkan oleh media massa tempatan.
Ustazah Azizah berkata, sepanjang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, walaupun banyak masalah dalaman timbul tetapi dia tetap tegas dalam isu membabitkan rakyat.
Kenyataan Abdullah yang disiarkan hari ini mendakwa teguran serta kritikan menunjukkan rakyat pada masa ini sentiasa memberi perhatian dalam soal pelaksanaan sesuatu projek khususnya berkaitan dengan kehidupan mereka.
Beliau dipetik sebagai berkata, berbanding dahulu, rakyat kini lebih prihatin serta berpelajaran dan oleh itu mereka mahu projek yang dijalankan itu dapat dilaksanakan dengan baik serta bebas daripada penyelewengan.
Abdullah dilaporkan sebagai menyedari beliau dikritik kiri, kanan, depan, belakang dan menganggap semua ini sebagai satu cabaran kepadanya untuk memperbaiki mutu khidmat kepada rakyat.
Hakikatnya kenaikan harga bahan bakar beberapa kali sejak beliau menerajui negara dua tahun lalu, menunjukkan seolah-olah Abdullah tidak mengerti kesusahan dan masalah rakyat, kata Azizah.
Nabila Abdullah Wed May 31, 06 2:27:01 pm MYT KUALA LUMPUR, 31 Mei (Hrkh) -